Faktor pembinaan Empangan Kelau

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menekankan perkongsian air antara negeri dan antara empangan. Ini berikutan agihan air tidak sekata dan permintaan mendadak terutama di Lembah Klang yang begitu pesat membangun.

Lebih 478,995,217 meter padu air digunakan untuk kegunaan domestik pada 2003 di Malaysia. Penggunaan air bukan domestik bermeter pula ialah 245,490,214 meter padu. Jumlah penggunaan air domestik dan bukan domestik bermeter di Malaysia untuk 2003 ialah masing-masing 1,609,574,693 meter padu dan 843,388,420 meter padu.

Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) menyatakan Skim Sungai Selangor hanya mampu membekalkan 4,350 juta liter sehari. Sedangkan penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka 8,080,823 orang pada 2010.

RMK-9 akan membina 47 empangan baru dan 3 projek air antara negeri dan projek sumber air lain akan menelan kos RM52 bilion. Ini termasuklah 12 di Johor, 12 di Pahang dan 6 di Perak.

Masalah utama ialah:

  1. Kerenah birokrasi antara kerajaan negeri. Air merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.
  2. Terlampau banyak jawatankuasa berkaitan dengan bekalan air, pemasangan paip air, kutipan bil air, penguatkuasaan dan sebainya.
  3. Kualiti air sungai di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  4. Kualiti air minuman di bawah Kementerian Kesihatan
  5. Penebatan banjir dan pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  6. Peranan Water Asset Management Company tidak begitu jelas.
  7. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) tiada kuasa penuh ke atas sumber air di Malaysia.SPAN hanya berkuasa ketika air berada di dalam sistem perpaipan. Bagaimanapun, bila dan di mana air itu diambil dan pengurusan kawasan tadahan tidak berada di bawah kawalan SPAN, tetapi di bawah pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri.
  8. 1999 Lembaga Pengurusan Air Selangor telah ditubuhkan. Integrasi antara sumber air, pengurusan empangan sungai pembinaan paip air telah diintegrasikan. Namun bekalan air masih merupakan masalah utama.